Isnin, 27 April 2009

Serba Sedikit Latarbelakang P.Ramlee


Seorang insan yang amat dikenali P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh, telah dilahirkan di Pulau Pinang pada tanggal 22 Mac 1929, Pada detik yang sama bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. Ayahnya P. Ramlee adalah merupakan perantau dan ahli pelayaran dari pekan Lhokesemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah Hussein pula berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Malaya.

Beliau telah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa dan kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima. Kemudian beliau telah melanjutkan pula pengajiannya ke Penang Free School. Pada ketika pendudukan Jepun di Malaya, P Ramlee dengan berat hati terpaksa berhenti sekolah. Tetapi demi mencari rezeki yang halal beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat (office boy) di salah sebuah kilang pemprosesan timah. Pada ketika itu beliau juga memasuki sekolah tentera Jepun dan berpeluang mempelajari serba sedikit tentang bahasa dan lagu Jepun.

P.Ramlee yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang rajin dan peramah itu disukai oleh ramai tentera Jepun. Apabila perang dunia kedua tamat, P Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di Penang Free School, sehingga darjah tujuh.
Di sekolah itu, P Ramlee seorang yang sangat aktif bersukan dan amat gemar bermain bolesepak dan sepak raga. Malah pada 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bolasepak Penang Free School.

Begitulah seba sedikit serba sedikit kisah kehidupan seniman terkenal Tan Sri P.Ramlee untuk anda yang meminatinya.

Tiada ulasan: