Isnin, 27 April 2009

Kejiwaanya Terhadap Seni


P Ramlee telah ditakdirkan lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya. Maka dengan itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan dan ia menyerlah sejak beliau kecil lagi. Beliau mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika masih muda iaitu berusia 13 tahun. Antara instrument/alat muzik awal yang dipelajarinya ialah ukelele dan biola.

Di tembok-tembok tepian jalan, P Ramlee sering kali mengasah bakat dengan mendendangkan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakannya. Dari situlah beliau mula mendapat undangan untuk menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan Radio Malaya.

Malah cintanya P Ramlee pada nyanyian dan muzik mengatasi pelajaran di sekolahnya. Perkara ini sememangnya diakui oleh guru yang pernah mendidiknya. Apabila menyanyi di majlis rasmi, P Ramlee sering ditemani kumpulan muzik seperti Pancaragam Teruna Sekampong dan Bintang Sore.

Kemerduan daripada vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampung. Telah ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat.

Mungkin anda ternatnya-tanya bila pula P Ramlee mula memakai huruf "P" pada namanya?. Ia berlaku apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada 1947. Sebenarnya huruf "P" itu adalah singkatan kepada nama ayahnya Puteh.
Lagu pertama yang dicipta oleh P Ramlee berjudul ‘Azizah’. Ia telah ditulis pada 1945 dan ditujukan khas buat gadis idamannya Azizah. P Ramlee pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai Pesta Pertanian Ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948.

Tanpa disedari, kemerduan suara beliau itu sampai ke pengetahuan pengarah filem terkenal di Singapura, BS Rajhans. Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu datang daripada Rajhans. Pengarah itu mengajak P Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP).Memikirkan ia peluang lumayan, pada Ogos 1948, P Ramlee pun berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan sebagai seorang seniman.

Tiada ulasan: